Lelaki Turun Gunung Tahan Dihanyutkan Arus Sungai Tanum

22 Jan 2023 • 9:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang tadi melibatkan polis serta bomba termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) - Gambar Hiasan

KUANTAN -  Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan kejadian yang menimpa Haniff Harun, 47, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu itu pada 2.20 petang tadi. 

"Mangsa difahamkan menyertai aktiviti mendaki bersama sembilan individu dengan dipandu arah oleh masing-masing seorang malim gunung dan porter menggunakan laluan masuk di Merapoh. 

"Pendakian bermula pada Jumaat lepas (20 Januari) sebelum dijangka turun pada Selasa, namun mereka terpaksa berpatah balik ke Kuala Juram akibat cuaca buruk," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Azli berkata kumpulan itu perlu menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter dalam perjalanan turun.  

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang tadi melibatkan polis serta bomba termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) dan setakat ini hanya beg mangsa ditemukan berhampiran lokasi kejadian. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved