Lelaki ugut cederakan ibu dipenjara

5 Jun 2024 • 5:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana mengugut untuk mencederakan ibunya.

Mohd Zakaria Jaster mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie melakukan kesalahan itu terhadap Anih Amit, 54, jam 8.30 malam, 11 Mei tahun ini, di sebuah rumah di Kg Darau Laut, Manggatal.

Pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa pada hari tersebut Zakaria mengamuk dan merosakkan barangan rumah. Ketika kejadian, Zakaria mengugut ibunya dan mengatakan akan mencederakannya.

Kerana bimbang keselamatannya serta keluarga, ibunya membuat laporan polis terhadap Zakaria, yang kemudian ditahan polis.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Zakaria didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Zakaria merayu hukuman ringan.

Dia diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.

Sementara itu, dalam kes sama, seorang mekanik didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana mengugut untuk membakar tempat kerjanya.

Tan Hee Shing, 54, mengaku melakukan kesalahan itu pukul 12.28 tengah hari pada 17 April, di pejabat syarikat itu, di Jalan Tuaran, Kolombong, Inanam.

Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, menyatakan sebelum kejadian, Tan datang ke premis itu dalam keadaan marah dan meluahkan rasa tidak puas hati mengenai gajinya kepada majikannya.

Majikan itu tidak mengendahkannya dan meninggalkan premis itu.

Tan kemudian mengugut untuk membakar syarikat itu jika majikan berkenaan tidak pulang menemuinya.

Salah seorang pekerja syarikat itu, yang mendengar ugutan itu, memfailkan laporan polis terhadap Tan.

Tan, semasa mitigasi, juga meminta hukuman ringan.

Di mahkamah sama, seorang penganggur dipenjara lima bulan dan denda RM800 atau sebulan penjara kerana mencuri.

Yaindry Alysius, 29, mengaku bersalah mencuri dua telefon bimbit kepunyaan premis The Curry di Taman Fortuna, di sini, pada 29 April, jam 5.33 petang.

Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwa bahawa sebelum kejadian, Yaindry datang ke kedai dan memesan makanan.

Dia kemudiannya mencuri dua gajet yang diletakkan di atas meja ketika pekerja restoran itu sibuk menyediakan makanan di dapur.

Perbuatan Yaindry itu dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu dan dia juga dilihat meninggalkan kawasan itu dengan menaiki kereta Proton Persona dengan nombor plat yang jelas.

Satu laporan polis kemudiannya dibuat yang membawa kepada penahanan Yaindry, mahkamah diberitahu.

Yaindry melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie SK melakukan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.