Lelaki ugut Harith Iskander didakwa di mahkamah esok

LocalEntertainment
30 Jan 2025 • 5:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harith Iskander

image is not available
Azry Akmar Ayob

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki membuat ugutan kepada pelawak, Harith Iskander dan keluarga, baru-baru ini, akan didakwa di mahkamah pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, lelaki berusia 31 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta.

"Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

**media[2987775]**

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, lelaki terbabit disambung reman sehingga Jumaat bagi melengkapkan siasatan.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan lelaki yang disyaki membuat ugutan kepada Harith Iskander dan keluarganya.

Razarudin dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan selepas pengurus pelawak terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi jam 7.31 malam, 23 Januari lalu.

Beliau dipetik berkata, dalam kejadian pertama, mangsa dihubungi suspek jam 11.21 pagi pada 21 Januari lalu ketika berada di hadapan Semua House, Jalan Bunus 6, Masjid India.

Dalam kejadian kedua jam 3 petang pada 23 Januari, pengurus yang berada di sebuah restoran nasi lemak di Jalan Bunus 6 menerima mesej gambar pegun anaknya mengandungi mesej berbaur ugutan.

Berikutan ugutan itu, Harith dilaporkan membatalkan persembahan komedi yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, yang dijadualkan pada 25 Januari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved