Lelaki ugut Harith Iskander disambung reman

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Razarudin

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membuat ugutan kepada pelawak popular, Harith Iskander dan keluarga baru-baru ini, disambung reman tiga hari lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 31 tahun terbabit direman bagi melengkapkan siasatan.

"Suspek sudah disambung reman sehingga 31 Januari ini (Jumaat). Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan suspek lelaki yang disyaki membuat ugutan kepada Harith Iskander dan keluarganya.

Razarudin dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan selepas pengurus pelawak terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi jam 7.31 malam, 23 Januari lalu.

Beliau dipetik berkata, dalam kejadian pertama, mangsa dihubungi suspek jam 11.21 pagi pada 21 Januari lalu ketika berada di hadapan Semua House, Jalan Bunus 6, Masjid India.

Dalam kejadian kedua jam 3 petang pada 23 Januari, pengurus yang berada di sebuah restoran nasi lemak di Jalan Bunus 6 menerima mesej gambar pegun anaknya mengandungi mesej berbaur ugutan.

Berikutan ugutan itu, Harith dilaporkan membatalkan persembahan komedi yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, yang dijadualkan pada 25 Januari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved