
TAWAU: Seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk menetak dua wanita, termasuk bekas isterinya, ditahan polis di kawasan gerai makanan Sabindo sekitar jam 4.20 petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), IPD Tawau hasil maklumat dan risikan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas telefon bimbit milik suspek yang digunakan semasa kejadian.
“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Terdahulu, katanya, seorang wanita, 31, membuat laporan polis selepas menerima panggilan telefon berbaur ancaman daripada suspek yang juga bekas suami rakannya, minggu lepas.
Katanya, suspek dikatakan tidak berpuas hati tanpa sebab, malah turut menyalahkan mangsa kerana membawa bekas isterinya keluar tanpa kebenarannya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dalam panggilan tersebut, suspek menyatakan niat untuk menetak mangsa dan rakannya (bekas isteri suspek).
“Mangsa yang berasa terancam kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Tawau sekitar jam 10.32 malam, pada hari yang sama,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jasmin berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Seksyen itu, memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang boleh mengancam keselamatan orang lain.
Beliau juga menasihatkan mereka bahawa sebarang pertikaian hendaklah diselesaikan secara aman tanpa melibatkan ancaman atau keganasan.

