Lelaki UK Dakwa Isteri Mencuri Bitcoin Bernilai RM673 Juta Menggunakan CCTV

WorldBusiness & Finance
18 Mar 2026 • 8:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu kami laporkan berita lelaki di Wales meminta mahkamah membenarkan beliau membeli tapak pelupusan sampah kerana ia mengandungi cakera keras yang menyimpan 8000 Bitcoin yang pada waktu itu bernilai RM 3.43 bilion. Hari ini kami ingin laporkan pula seorang lelaki UK, Ping Fai Yuen, yang mendakwa isterinya Fun Yung Li mencuri 2,323 Bitcoin dianggarkan bernilai RM673 juta daripada dompet Trezor miliknya.

image is not available

Bitcoin dipercayai dicuri selepas isteri berjaya melihat seed phrase dompet Bitcoin menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah. Menurut Fung, Bitcoin ini dipindahkan ke 71 alamat dompet berbeza pada 2 Ogos 2023. Beliau menerima amaran daripada anak isteri ingin mencuri wang kripto yang dimiliki. Oleh itu Fung meletakkan mikrofon di rumah bagi mendapatkan bukti. Antara audio yang berjaya dirakam ialah isteri dan seorang rakan mengatakan kesemua bitcoin telah diambil dan dipindahkan ke dompet kripto miliknya.

Fung memfailkan kes ke atas isteri pada November 2025 dengan ia mengarahkan dompet milik isteri dibekukan dan Bitcoin yang dicuri dipulangkan semula. Kes akan dibicarakan di mahkamah dengan segera setelah mengambil kiri nilai Bitcoin yang berubah dengan pantas.

.