Lelaki UK Ingin Membeli Tapak Pelupusan Sampah Yang Mengandungi Bitcoin Bernilai RM 3.4 Bilion

TechnologyDigital
12 Feb 2025 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apakah yang sanggup anda lakukan demi menjadi kaya sekelip mata? Bagi James Howells, beliau sanggup membeli tapak pelupusan sampah yang dipercayai menjadi kubur 8000 Bitcoin bernilai sekitar £616 juta (~RM 3.43 bilion). Sejak 2013, Howell yang tinggal di United Kindgom meminta kebenaran daripada Majlis Perbandaran Newport di Wales untuk mencari cakera keras yang mengandungi dompet digital Bitcoin beliau selepas ia dibuang secara tidak sengaja.

image is not available

Cakera keras dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang kemudian dibuang oleh pasangan beliau yang menyangka ia adalah sampah. Beliau cuba mendapatkan kebenaran untuk mencari cakera keras ini telah dinafikan oleh majlis perbandaran dan mahkamah atas faktor keselamatan. Howells pernah berjanji akan memberikan 25% Bitcoin kepada majlis perbandaran jika dibenarkan mencari cakera keras yang hilang tetapi ditolak.

Selepas lebih sedekad, tempat pelupusan sampah ini akan ditutup tahun ini dan Howell dengan bantuan beberapa pelabur berminat untuk membeli tapak pelupusan apabila ditutup kelak. Percubaan mencari cakera keras ini agak mustahil kerana ia ditimbuni sampah dan tanah dengan isipadu 25,000 meter padu.

Tahun lalu nilai satu Bitcoin melonjak ke $106,000 daripada $75,000 di permulaan tahun dengan ia diapung oleh sentimen positif selepas Presiden Trump memenangi pilihanraya. Pada hari ini ia jatuh semula ke sekitar $95,000.