Lelaki umur 54 tahun meninggal dunia ketika daki Bukit Kledang

13 Jan 2025 • 8:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 13 JAN: Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang, Pasir Puteh dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas sebelum pengsan pada 3.06 petang.

“Pasukan bomba sukarelawan yang tiba ke lokasi telah memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved