Lelaki Usia 54 Tahun Ditahan Polis Selepas Tunjuk Kemaluan Pada 2 Pelajar Perempuan

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 5:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan dua orang pelajar perempuan yang sedang berjalan di kawasan perumah.

Pelajar berkenaan dipercayai baru pulang dari sekolah. Sewaktu sedang berjalan terdapat sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam berada di lorong berkenaan.

Kelihatan sewaktu pelajar itu sedang lalu di tepi kereta berkenaan seorang murid yang memakai baju berwarna merah jambu seperti menoleh ke arah kereta terbabit.

Tidak lama kemudian kelihatan mereka berjalan sebelum berlari seperti ketakutan.

View on Threads

Polis tahan lelaki tunjuk kemaluan pada 2 pelajar

Terbaharu, polis telah bertindak menahan seorang lelaki kerana didakwa menunjukkan kemaluan kepada dua pelajar berkenaan sewaktu berada dalam keretanya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru pada 1 April.

Menerusi insiden yang berlaku pada 1 tengah hari itu, rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah di kawasan perumahan terbabit berjaya merakam kereta hitam yang berhenti sewaktu dua pelajar oerempuan itu berjalan melepasinya.

Pemandu berusia 54 tahun berkenaan kemudiannya dilihat mengundurkan keretanya sebelum bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.

Bapa salah seorang kanak-kanak perempuan buat laporan, suspek kononnya tanya arah nak ke tandas

Jelas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha lelaki itu telah ditahan jam 11 malam pada hari sama di sebuah rumah di Masai.

Lelaki itu ditahan ekoran satu laporan yang dilakukan oleh salah seorang daripada bapa kepada dua kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, siasatan awal dilakukan mendapati insiden tersebut melibatkan pelajar perempuan berusia 12 dan 10 tahun.

“Seorang lelaki berusia 33 tahun mendakwa anak perempuan dan anak saudaranya dihampiri seorang lelaki yang memandu Honda Accord hitam. Suspek bertanya arah ke tandas sebelum menunjukkan kemaluan kepada mangsa,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Lelaki itu kemudiannya direman pada hari ini (2 April) untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 untuk perbuatan seksual bukan fizikal, termasuk pendedahan tidak senonoh.

Jika sabit kesalahan individu berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM20,000 serta kedua-duanya sekali.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual Meningkat

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Yang Persoalkan Tindakan Individu Rakam Momen Kena Gangguan Seksual [Video]