Lelaki warga asing ditahan cabul wanita di parkir pangsapuri

5 Jun 2025 • 10:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GEORGE TOWN, 5 JUN: Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang wanita tempatan di kawasan letak kenderaan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata wanita berusia 38 tahun berkenaan membuat laporan berkaitan kes itu pada 12.45 tengah malam, Selasa lepas.

“Pihak polis mendapati video berkaitan kejadian tular sejak 1 tengah hari tadi dan berdasarkan siasatan, mangsa didapati membuat laporan kira-kira sejam setengah selepas insiden cabul itu.

“Lelaki warga asing berusia 24 tahun itu juga telah ditangkap oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menangkap lelaki itu.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 10 saat memaparkan beberapa individu menangkap seorang lelaki warga asing yang didakwa mencabul seorang wanita yang sedang berjalan di kawasan parkir di sebuah pangsapuri.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved