Lelaki Warga Australia Kencing Di Parkir Ditahan Selepas Serah Diri

21 Nov 2023 • 5:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lelaki yang dipercayai kencing di parkir ditahan pihak berkuasa apabila menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya.

Memetik laporan dari Harian Metro, lelaki tersebut berusia 32 tahun dan merupakan permaustatin tetap (PR) warga Australia.

Serah diri di IPD Subang Jaya

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, lelaki terbabit telah hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kira-kira jam 11.15 pagi ini sebelum ditahan.

Difahamkan, dia telah datang ke Malaysia kerana mahu melawat ahli keluarganya yang berada di sini.

image is not available

Kencing di parkir pasaraya

Terdahulu, video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial telah memperlihatkan individu berkenaan membuang air kecil di tempat meletak kenderaan di sebuah pasaraya.

Dia yang berlalu masuk ke kenderaan selepas membuang air telah dicari pihak berkuasa susulan daripada penularan video terbabit.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh perakam, kejadian berlaku pada 16 November 2023 lebih kurang jam 10.15 malam.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi), X localrkyt