Lelaki warga emas direman, seludup petrol, diesel ke Thailand

17 Mar 2024 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lelaki berusia 61 tahun itu, ditahan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am dalam Op Taring Wawasan pada semalam. Foto hiasan

KOTA BHARU - Mahkamah Majistret Tumpat hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap seorang lelaki warga emas kerana disyaki cuba menyeludup petrol dan diesel ke Thailand melalui pangkalan haram.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi, bagi tindakan melengkapkan siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, lelaki berusia 61 tahun itu, ditahan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am dalam Op Taring Wawasan pada semalam.

"Hasil siasatan lanjut menemukan beberapa tong disyaki berisi minyak petrol dan diesel, dengan anggaran keseluruhan sebanyak 1,950 liter,” katanya.

Azman berkata, jika sabit kesalahan suspek boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM2 juta bagi perbadanan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral seperti itu dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved