
TAWAU: Mayat seorang lelaki warga emas dengan kesan tetakan parang di kepala dipercayai mati dibunuh dalam pergaduhan, ditemui dalam sebuah rumah kebun di Jalan Sing Ho Merotai Besar, pada petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mayat lelaki warga tempatan berusia 66 tahun itu ditemui dengan kesan tetakan di bahagian kiri dan kanan kepala, disyaki akibat ditetak dengan parang.
AdvertisementMenurutnya, polis kemudiannya berjaya menangkap suspek warga asing, 33, dan merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa dalam kejadian itu.
“Suspek merupakan warganegara asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan bekerja sebagai buruh ladang di sebuah kebun di Merotai Besar,”katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, pihaknya sebelum itu menerima laporan polis di Balai Polis Bombalai pada jam 2.44 petang daripada seorang pemanggil lelaki mengatakan pada jam 1.45 petang, berlaku pergaduhan di sebuah rumah kebun di Merotai Besar dengan menggunakan parang.



