Lelaki warga emas maut, kereta terbalik di lebuh raya

7 Nov 2026 • 7:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki warga emas maut, kereta terbalik di lebuh raya

REMBAU – Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun maut selepas kereta jenis Proton Saga dinaikinya terbabas sebelum terbalik di kilometer 242.0 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, kenderaan berkenaan turut dinaiki tiga lagi individu dewasa.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.40 petang sebelum sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Proton Saga telah terbabas dan terbalik di bahu jalan. Seorang mangsa lelaki berusia 75 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi mangsa lelaki yang juga pemandu berada dalam keadaan selamat, manakala seorang lelaki dan seorang wanita mengalami kecederaan.

“Mangsa lelaki yang terperangkap di dalam kenderaan berjaya dikeluarkan anggota bomba, sementara mangsa wanita dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya, di sini, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans KKM untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.34 petang dan diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki warga emas maut, kereta terbalik di lebuh raya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved