Lelaki warga India didakwa bunuh rakan senegara

LocalPolitics
31 Mar 2026 • 2:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara di Kepong dua minggu lepas.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegara di Kepong di sini, dua minggu lepas.

Gelandangan S Thangaraju, 53, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Paleni, 60, di kaki lima lorong jalan belakang bangunan sebuah kedai cermin mata di Jalan Lang Kuning, Taman Sri Sinar, Kepong antara 11.33 hingga 11.47 malam 17 Mac.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 10 Jun untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan patologi. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved