Lelaki warga Indonesia didakwa edar dadah 

LocalPolitics
22 Jul 2025 • 9:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret pada Isnin atas tuduhan mengedar lebih dua kilogram (kg) dadah jenis methampthamine yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah bengkel kenderaan di Hill Top dua minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Aco Hawe, 41, selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki berkenaan dituduh mengedar dadah seberat 2,129.86 gram di sebuah bilik stor bengkel di Kampung Tator Hill Top sekitar jam 11.30 pagi pada 7 Julai dan didakwa di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Seksyen terbabit membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhkan hukuman mati sekiranya disabitkan kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan untuk tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh yang memiliki pasport tidak diwakili peguam.

Sebagai rekod media sebelum ini melaporkan penahanan empat lelaki berusia di antara 29 hingga 64 tahun selain merampas 2.13 kg syabu bernilai RM74, 500 yang disyaki cuba diseludup selepas menyerbu bilik stor sebuah bengkel kenderaan di Hil Top.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga rakyat tempatan iaitu dua asal Tawau dan seorang asal Sarawak serta seorang lagi merupakan warganegara asing.

Tiga daripada suspek berjaya ditangkap di bengkel terbabit manakala seorang lagi suspek ditangkap di perkarangan Lapangan Terbang Tawau (LTT) sebelum sempat berlepas ke Kota Kinabalu.

Difahamkan tiga lagi suspek dalam kes tersebut dibebaskan tanpa syarat dan dijadikan saksi pendakwaan.