Lelaki warga Nepal lemas, jatuh tasik ketika kutip bola golf

30 Jun 2023 • 7:22 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.38 petang.

“Mangsa yang berusia 27 tahun disyaki terjatuh ke dalam tasik pada pukul 3.50 petang dan ketika kejadian, dia sedang bekerja mengutip bola golf di kawasan tasik tersebut,“ katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Beliau berkata pencarian dibuat menggunakan teknik pencarian permukaan dalam radius 3.05 meter sebelum mangsa dijumpai kira-kira 5.39 petang pada jarak 3.05 meter dari lokasi terakhir mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,“ katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.15 petang. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved