Lelaki warga Pakistan pecah masuk, curi tabung masjid diberkas

12 Feb 2026 • 3:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan kerana pecah masuk dan curi tabung masjid di Taman Ikhlas, Kuala Lumpur pada Ahad. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah masuk dan mencuri tabung masjid di Taman Ikhlas, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek berusia lewat 20-an ditahan di kawasan sekitar masjid pada Selasa.

"Suspek telah direman tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.