Lelaki warga Singapura hilang ketika daki Gunung Panti Barat

14 Aug 2022 • 5:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Singapura dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat ketika mendaki di Gunung Panti Barat, Batu Ampat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kira-kira 7.10 malam tadi.

Beliau berkata laporan dibuat sendiri oleh mangsa, Neo Thiam Ming, 40, melalui Malaysia Emergency Response Services (MERS 999) dan kemudiannya disalurkan kepada JBPM dengan memaklumkan bahawa dia tersesat.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan operasi mencari dan menyelamat digerakkan ke lokasi terbabit yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia dan dibantu agensi berkaitan termasuk JBPM, Jabatan Perhutanan dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Belum dapat dipastikan sama ada mangsa (Neo) mendaki berseorangan atau berkumpulan. Setakat 2 petang tadi, mangsa belum dijumpai dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan, “ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin turut menasihatkan orang ramai yang berhasrat melakukan aktiviti pendakian supaya melaporkan terlebih dahulu ke balai polis atau pejabat perhutanan berhampiran.

Bersambung....