Lelaki Warga Singapura Tutup Nombor Plat Dengan ‘Selotep’ Untuk Isi Ron95 Bakal Didakwa Esok

LocalPolitics
13 Jan 2026 • 5:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Volkswagen Jetta dengan nombor pendaftaran Singapura mengisi minyak petrol kereta jenis RON95 di sebuah stesen minyak di Johor.

Apa yang menjadi perhatian, kelihatan lelaki terbabit turut cuba menampal nombor pendaftaran menggunakan pita hitam (salotape) pada huruf awal dan hujung plat terbabit.

Ekoran penularan video itu, Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menjalankan satu siasatan. Jelas Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo pengadu sudah membuat aduan di dalam sistem dan pasukannya sudah digerakkan untuk tujuan pemeriksaan dan siasatan.

Manakala Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee memaklumkan polis akan mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan sekiranya mendapati nombor pendaftaran kenderaan terbabit menyalahi undang-undang yang ditetapkan.

View on Threads

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Kereta Singapura Isi Minyak RON95 Awal Pagi, KPDN Jalankan Siasatan [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Puji Lelaki Terus Tekan Butang ‘Emergency’ Lepas Nampak Kereta Singapura Isi RON95 [Video]

Pemandu akan didakwa di mahkamah

Terbaharu, pemandu warga Singapura yang menutup nombor plat kenderaan untuk mengisi minyak RON95 akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, Johor esok (14 Januari).

Jelas Tan Seng Lee, pendakwaan itu akan dilakukan di bawah Seksyen 108 (3)(E) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tertuduh akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada esok (14 Januari) dan akan dituduh,” ujarnya, lapor Kosmo.

image is not available

Pertuduhan berkaitan kesalaha ubah atau sembunyikan nombor pendaftaran

Sebelum ini, Tan Seng Lee memaklumkan pertuduhan itu adalah khusus berkaitan kesalahan mengubah atau menyembunyikan nombor plat kereta dan tidak berkaitan dengan tindakan mengisi petrol bersubsidi iaitu RON95.

Sekiranya sabit kesalahan, individu boleh didenda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdapat peraturan yang melarang kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli RON95 telah dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 sejak 17 Jun 2022.

image is not available

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Satu Lagi Kereta SUV Nombor Plat Singapura Isi Minyak Petrol RON95 [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Masih Ramai Yang Tidak Tahu, Minyak RON95 Tidak Boleh Dibeli Kenderaan Nombor Plat Asing