Lelehan keju jadikan piza ‘homemade’ lebih mengiurkan. Ini cara mudah nak masak

Food
12 Nov 2022 • 12:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PIZA merupakan sajian berasal dari Itali dan antara makanan yang paling digemari oleh kanak-kanak.

Kebanyakan piza dihiasi dengan pelbagai topping yang menggamit rasa.

Ia semakin enak dinikmati apabila dibubuh lebihan lelehan keju. Budak-budak memang sukakannya.

Bagaimanapun, mungkin ada di antara ibu bapa yang tidak dapat menunaikan kehendak anak-anak untuk makan piza kerana harga yang dijual di kedai-kedai agak mahal.

Bagi mereka yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, satu hidangan sahaja memang tidak mencukupi.

image is not available

Justeru, pada kesempatan ini, SinarPlus ingin berkongsi satu resipi piza gebu yang kami temui ketika melayari laman sosial, Facebook.

Hantaran berkenaan telah dimuat naik oleh Norida Alias.

Setelah meneliti ramuan dan cara memasak, ia memang mudah dan boleh dibuat berulang kali.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaan:

image is not available

Bahan-bahan untuk doh

– 3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
– 1 cawan air suam
– 2 sudu besar mauripan (BELI DI SINI)
– 2 sudu besar susu pekat (BELI DI SINI)
– 2 sudu besar gula (BELI DI SINI)
– 1 sudu besar mentega (BELI DI SINI)

Bahan-bahan hiasan di atas doh

Cara penyediaan:

1. Satukan air suam, susu pekat dan mauripan. Sebatikan sehingga larut dan biarkan sebentar sehingga yis kembang.
2. Sementara menunggu yis kembang, satukan tepung dan mentega. Gaul rata sehingga adunan berderai-derai.
3. Kemudian, tuangkan yis yang sudah kembang ke dalam adunan tepung. Uli sehingga sekata dan tidak melekat pada tapak tangan. Biarkan doh membesar sekali ganda.
4. Seterusnya, bahagikan doh kepada dua bahagian dan diikuti dengan menipiskan adunan.
5. Sapukan sedikit mentega di atas dulang dan letakkan adunan yang telah dileperkan.
6. Biarkan adunan sebentar sebelum menghias piza.
7. Selepas itu, sapukan sos Thousands Island dan taburkan kesemua bahan-bahan hiasan yang diingini.
8. Langkah seterusnya diikuti dengan menabur keju mozarella dan daun pasli di atasnya.
9. Panaskan ketuhar dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah Celsius mengikut ketuhar masing-masing.

image is not available

SinarPlus difahamkan resipi yang dikongsikan Norida cukup besar iaitu lebih kurang 10 inci.

Rasanya boleh dinikmati lebih kurang lapan hingga 10 orang. Mungkin lebih daripada itu.

SinarPlus gerenti anak-anak akan suka dengan air tangan ibu mereka berbanding piza yang dibeli di kedai.

Jadi apa tunggu lagi, jom ambil sedikit masa untuk masak makanan kegemaran si kecil. Selamat mencuba!

Kredit foto: Norida Alias

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article