Lemas Akibat Gas Pemedih Mata, Lebih 127 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

2 Oct 2022 • 9:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalah punca rusuhan berlaku

Lemas Akibat Gas Pemedih Mata, Lebih 127 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia. Bercakap sahaja soal bola sepak di Asia Tenggara, pasti rata-rata rakyat Malaysia sudah lazim dengan sikap segelintir penyokong Indonesia yang terlalu fanatik dan keterlaluan sehingga sering membuat kacau dan rusuhan.

Lewat malam tadi di sebuah stadium di Jawa Timur sekurang-kurangnya lebih 127 orang terkorban dalam rusuhan pada perlawanan bola sepak Indonesia dan dilaporkan dua anggota polis turut terbunuh dalah kejadian itu.

Lapor media Indonesia, seramai 180 individu lain turut dikejarkan ke hospital akibat kecederaan teruk melibatkan pertembungan penyokong dan pasukan polis.

image is not available
Lemas Akibat Gas Pemedih Mata, Lebih 127 Maut Dalam Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia

Ramai yang sesak nafas akibat gas pemedih mata

Difahamkan, kekacauan tercetus selepas perlawanan berakhir 2 – 3 dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat.

Menerusi paparan video yang tular di medai sosial, ribuan penyokong pasukan Arema meluru masuk ke dalam padang untuk menyerang pemain lawan selepas pasukan mereka tewas.

Rempuhan dipercayai bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton di stadium tersebut dan seorang pegawai kesihatan tempatan berkata ramai mangsa meninggal dunia akibat kesesakan, dipijak, dan sesak nafas.

Akibat daripada insiden itu, liga bola sepak Indonesia kini digantung seminggu, dan Arema dilarang daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim ini.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dilapor akan membentuk pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Lagi cerita menarik di sini: