Lemas Pasang Kabel Telekom, 3 Rakyat Indonesia Disahkan Maut

19 Dec 2022 • 7:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota Bomba mengeluarkan tiga rakyat Indonesia yang maut ketika melakukan kerja pemasangan kabel. - Gambar ihsan Bomba

KUALA LUMPUR - Tiga rakyat Indonesia maut akibat lemas ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel Telekom di dalam lubang pembetung di Cyberjaya, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya pada jam 3.17 petang tadi.

Menurut beliau, insiden tersebut berlaku di Taman Sains Selangor 2.

“Laporan awal menyebut, tiga lelaki yang juga pekerja kontrak pemasangan kabel Telekom ditemui pengsan pada kedalaman lima meter di lubang pembetung itu.

“Mangsa pertama yang berjaya dibawa naik disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, pemeriksaan ke atas dua lagi mangsa juga mendapati mereka telah meninggal dunia.

“Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Serdang bagi melalui proses bedah siasat,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved