
KUDAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menasihatkan nelayan di negara ini agar sentiasa aktif meraih hasil laut, meningkatkan produktiviti dan pendapatan sekaligus tidak sesekali memberi ruang dan peluang kepada nelayan asing mengaut keuntungan hasil laut di perairan negara.
Pengerusinya, Faiz Fadzil berkata, nelayan harus menyedari bahawa LKIM sentiasa meletakkan mereka sebagai keutamaan untuk dijaga dan dimajukan bagi memastikan mereka terus bergiat aktif menjana pendapatan dan mengeluarkan hasil laut untuk negara.
Jelas Faiz, LKIM pada dasarnya terus komited memainkan peranan disamping menggandakan usaha menekankan komitmen bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi nelayan serta meningkatkan produktiviti serta melonjak taraf hidup nelayan di seluruh negara.
Faiz berkata, apa yang paling penting adalah, nelayan harus terus menghargai segala insentif, subsidi dan apa juga bentuk sokongan dan bantuan daripada kerajaan dalam usaha menyantuni dan memajukan komuniti nelayan.
SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Faiz berkata demikian ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Madani bersama nelayan kawasan Kudat di Perkarangan Kedai Nelayam Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kudat pada Sabtu.
Pada majlis, Faiz menyerahkan bantuan peralatan penangkapan ikan iaitu tiga gulung pukat dan sebuah kotak insulasi 100 liter kepada seramai 40 nelayan serta sebuah enjin sangkut 15hp kepada salah seorang nelayan dibawah Program Peningkatan Kapasiti Nelayan B40.
Katanya, bantuan tersebut bertujuan untuk meningkatkan produktiviti nelayan dalam kalangan kumpulan B40, dengan harapan agar penggunaan peralatan yang modan dan cekap dapat menggandakan hasil tangkapan serta meningkatkan pendapatan nelayan.
Faiz juga pada majlis turut merasmikan Kedai Nelayan PNK Kudat yang merupakan Kedai Nelayan PNK pertama di negeri Sabah diwujudkan bagi memajukan aktiviti ekonomi nelayan di kawasan ini.
Hadir sama pada majlis, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Zarina Abdul Latif, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Rashima Baharuddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan, Norfajarwati Baharuddin dan Pengarah LKIM Sabah, Mohd Jamil @ Jomiun Abdullah.
Faiz berkata, majlis ini mencerminkan komitmen LKIM dalam meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi komuniti nelayan di Malaysia, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan golongan B40 tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
“ Kita (LKIM) tidak pernah lupa jasa saudara (nelayan) bertungkus lumus menangkap ikan demi semua, sebab itu, enam daripada 16 PNK di negeri ini telah saya lawati bagi melihat dan mencari tahu sendiri keperluan, permasalahan, dan sebagainya untuk ditambah baik, katanya.
Untuk rekod, LKIM mengurus 48 buah pelabuhan atau kompleks pendaratan ikan di seluruh negara, mendaftar dan menyelia 105 persatuan nelayan merangkumi 91 PNK, 13 Persatuan Nelayan Negeri dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat).
Penubuhan LKIM menumpukan untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan khususnya peningkatan pendapatan selain memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


