Lembaga Zakat Selangor Dedah Selebriti Popular Minta Keluarkan Nama Daripada Senarai Penerima Zakat – “Supaya Boleh Diberi Pada Orang Memerlukan..”

LocalEntertainment
10 Jul 2025 • 12:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui hantaran terbaru Lembaga Zakat Selangor, pihaknya mendedahkan seorang individu bergelar selebriti meminta untuk nama dikeluarkan daripada senarai penerima zakat telah pun menarik perhatian ramai.

Difahamkan daripada perkongsian LZS, selebriti berkenaan sebelum ini merupakan penerima zakat susulan mempunyai halangan untuk bekerja kerana menjaga anak yang menghidap penyakit tulang belakang.

Kini, selepas pemergian anak tersayang dan dengan sedikit ruang yang Allah beri untuk dia kembali bekerja semula, dia memilih untuk keluar sendiri dari penerima bantuan supaya boleh diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Susulan mengambil tindakan sedemikian, LZS memuji sikap selebriti terbabit kerana memahami tanggungjawabnya untuk memberi ruang kepada individu yang lebih memerlukan zakat.

Kami terharu dan kami doakan agar rezeki beliau terus diluaskan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

image is not available 3 months ago

"Ada Yang Kata Mereka Pembayar Zakat, Jadi Tak Nak Terima.." - LZS Dedah Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Tolak Zakat RM500

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved