Lembapkan kulit, naikkan seri wajah dengan topeng muka Hada Labo Kotojyun Mask

Beauty
14 Aug 2022 • 10:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HADA Labo baru-baru ini memperkenalkan Platinum Kotojyun Mask serba baharu yang mengandungi serum penembusan tinggi dan diinfusikan dengan zarah nano platinum premium.

Jenama terkenal itu dalam satu kenyataan menyebut, partikel nano antara lain bertindak sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga meningkatkan keserian kulit.

image is not available

Platinum Hydrating berfungsi untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan dan lebih tahan lama.

“Sementara Platinum Whitening pula mencegah kulit menjadi kusam,“ kongsi kenyataan tersebut.

image is not available

Jenama terkenal itu dalam satu kenyataan menyebut, partikel nano antara lain bertindak sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga meningkatkan keserian kulit.

Kesemua produk terkini daripada Hada Labo boleh dibeli di platform Shopee, Lazada dan semua farmasi terkemuka di seluruh negara.

Arahan untuk penggunaan:

1. Sapukan Hada Labo Lotion selepas membersihkan muka.

2. Buka lipatan topeng dan tanggalkan kertas mutiara.

3. Bersama-sama dengan lapisan mesh lut sinar letakkan topeng pada muka dan tekan dengan hujung jari. Sejajarkan kawasan mata dan mulut.

4. Keluarkan lapisan mesh dan rehat selama 10-15 minit kemudian tanggalkan topeng.

5. Untuk mendapatkan hasil yang jelas, disyorkan untuk menggunakan sekali atau dua kali seminggu sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

View Original Article