Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

7 Jan 2024 • 11:43 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

SUDAHLAH cantik, sedap pula suaranya.

Demikian apa yang boleh digambarkan berkenaan Dayang Anisha Rosnah Adam semasa acara Khatam al-Quran baru-baru ni.

image is not available

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, mariakam38, bakal isteri Putera kepada Sultan Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah itu dilihat mengenakan busana rona putih.

Putera Mateen turut kelihatan hadir ke majlis itu.

Ramai yang memuji suaranya yang merdu dan lembut ketika mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

 

image is not available

“Masya-ALLAH lembut je suara,” ujar seorang pengguna menggunakan username, <3.

Congrats Prince Mateen. Macam nampak Prince Mateen senyum-senyum tengok wife baca Quran,” kata Umi Sheera.

“Alhamdulillah. Bakal isteri solehah,” komen Den.

image is not available

Peminat turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan kedua pasangan tersebut.

Untuk rekod, berita pertunangan Putera Mateen pertama kali diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi diraja daripada bapanya, Sultan Hassanal Bolkiah pada Oktober 2023.

image is not available

 

Acara istiadat perkahwinan pasangan tersebut dilaporkan bakal berlangsung bermula 7 Januari.

Pasangan diraja itu bakal diijab kabul pada 11 Januari ini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

View Original Article