Lencongan sementara di persimpangan FT29/FT32 Kota Warisan hingga 16 Februari depan

15 Dec 2025 • 5:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 DIS: Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berwaspada susulan pelaksanaan pengalihan trafik dan lencongan sementara di Persimpangan FT29/FT32, Kota Warisan - Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) - KLIA sehingga 16 Februari depan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Unit Projek Khas Zon Tengah (Cawangan Jalan) memaklumkan kerja-kerja menaik taraf jalan di persimpangan berkenaan yang bermula 10 Disember lalu kini memasuki Fasa 4.

Menurut JKR, fasa berkenaan melibatkan penutupan laluan tertentu bagi melancarkan pelaksanaan projek serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Bagi tempoh tersebut, beberapa laluan lencongan disediakan dan masih boleh digunakan, antaranya:

- BBST/Nilai ke KLIA melalui laluan lencongan sementara

- KLIA ke BBST/Nilai dan Kota Warisan mengikut laluan ditetapkan

- Pusingan U (U-turn) disediakan di kawasan Kota Warisan

Pengguna jalan raya diwajibkan mematuhi papan tanda arah serta arahan lalu lintas di lokasi terlibat bagi mengelakkan risiko kemalangan dan kesesakan serius.

Pihak berkuasa turut menyeru orang ramai supaya memandu dengan berhati-hati, menggunakan laluan alternatif yang disarankan serta memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh kerja naik taraf dijalankan.

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan kepada kontraktor utama, RD Resources Sdn Bhd, melalui emel aduan.rdrsepang@gmail.com atau talian 011-71314220 (WhatsApp).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved