
BEAUFORT: Situasi air banjir lambat surut sejak 18 hari lalu di Kampung Tamalang Along Bukau, di sini, dikenalpasti berpunca daripada lencongan baharu yang sempit di Sungai Api-Api.
Adun Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati lencongan yang baru dibuat dalam projek penyelenggaraan sungai, baru-baru ini, telah menghalang aliran air banjir keluar ke laut.
Advertisement“Tinjauan dibuat bersama Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Beaufort di sepanjang Sungai Api-Api dan saya dapati lencongan baharu ini amat sempit.
“Bayangkan hulu Sungai Api-Api luas dan lebar, namun bahagian kualanya pula meruncing kecil dengan lebar 20 kaki saja, disebabkan lencongan sejauh 500 meter yang dibuat dalam projek penyelenggaraan, baru-baru ini. Lencongan baharu yang sempit di Sungai Api-Api.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Akibatnya, aliran air terhalang keluar ke laut hingga menyebabkan banjir di Kampung Tamalang Along Bukau lambat surut sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan itu, di sini, Selasa.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihak JPS Beaufort diminta mengatasi segera masalah itu dengan melebarkan lencongan berkenaan agar selari dengan lebar Sungai Api-Api.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau yakin masalah air banjir yang bertakung di kampung terbabit akan selesai sepenuhnya melalui pelaksanaan itu, sekali gus memastikan isu sama tidak berulang di masa depan.
“Saya telah meminta JPS segerakan pembesaran lencongan ini supaya air dapat keluar lebih lancar dan laju, seterusnya menyelesaikan masalah air ‘termenung’ di kampung terbabit.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Berdasarkan pengalaman, saya yakin lencongan ini adalah puncanya, justeru sedikit masa diperlukan untuk atasi masalah ini yang akan dilaksanakan JPS dalam masa terdekat,” katanya.


