Lencongan trafik sementara laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam mulai 14 Disember hingga 15 Januari 2024

14 Dec 2023 • 2:58 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Lencongan trafik sementara laluan motosikal di Lebuhraya Shah Alam mulai 14 Disember hingga 15 Januari 2024

zulfadli

14/12/2023 - 14:58

KUALA LUMPUR 14 Dis - Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bagi laluan motosikal ke laluan kecemasan utama di Lebuhraya Shah Alam (LSA) secara berperingkat di kedua-dua arah, mulai hari ini hingga 15 Januari 2024.

West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) memaklumkan, pelaksanaan lencongan trafik sementara itu melibatkan lokasi di KM 22.7 - 23.1 dan KM 24.0 - 24.3 (Arah Timur), serta KM 24.3 – 24.0 dan KM 23.1 – 22.9 (Arah Barat).

"Pelaksanaan lencongan trafik sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) dijalankan," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

image is not available

Katanya, pengguna LSA dinasihatkan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja tersebut. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved