
KOTA BELUD: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila cedera selepas lengan kanannya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan di daerah ini, khamis lalu.
Difahamkan, mangsa yang berusia 25 tahun mendapatkan bantuan di Hospital Kota Belud untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba berikutan sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 11.59 malam.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Katanya, tiga anggota termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bergegas ke lokasi kejadian dengan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki tertusuk panah di bahagian lengan kanan dan difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan.
“Pasukan bomba bertindak memotong besi panah dan rawatan seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, Jumaat.
Menurutnya, keadaan mangsa kini stabil manakala operasi terbabit ditamatkan pada jam 12.33 tengah malam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
