Lengkap Dengan Wifi Dan Ruang Lebih Selesa, Bas Pintar Kini Beroperasi Di Miri

1 Oct 2024 • 5:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bas ini beroperasi untuk percubaan di Miri

Lengkap Dengan Wifi Dan Ruang Lebih Selesa, Bas Pintar Kini Beroperasi Di Miri. Kini bas pintar percuma kini mulai beroperasi di Miri. Perkhidmatan ini telah mula menjalani ujian operasi pada pagi ini, memberikan kemudahan pengangkutan awam yang canggih dan mesra alam kepada komuniti tempatan.

Perkhidmatan bas pintar ini menggunakan kenderaan jenama Volvo, yang terkenal dengan teknologi hijau serta kebolehan operasi yang lebih efisien. Selain daripada itu, bas pintar ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti sambungan Wi-Fi percuma, sistem penjejakan GPS, dan ruang yang lebih selesa untuk penumpang.

image is not available
Sumber gambar: FB 杨帅 Victor Influencer

Majlis perasmian akan dilancarkan di Stesen Bas Terminal Baharu

Pada fasa awal, perkhidmatan ini akan meliputi beberapa laluan utama di sekitar Miri:

  • Permyjaya (Laluan 62)
  • Taman Tunku (Laluan 26)
  • Sungai Rait (Laluan 13/Bakam Laluan 15)
  • Kuala Baram (Laluan 01)
  • Senadin (Laluan 66)
  • RTM (Laluan 37)
  • Hospital (Laluan 33)
  • Tudan (Laluan 68)

Perkhidmatan bas pintar ini dijangka akan mempertingkatkan aksesibiliti penduduk setempat terhadap pengangkutan awam, di samping mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara.

Walaupun perkhidmatan ini telah mula beroperasi secara percubaan, majlis perasmian rasmi akan diadakan tidak lama lagi di Terminal Bas Bypass baharu. Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh Premier Sarawak sendiri, menandakan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik untuk rakyat.

Baca juga artikel semasa di bawah: