Lengkap Tujuh Tempat Duduk Dengan Enjin Hybrid 1.5T, Proton X90 Jangka Keluar Tahun 2024

Cars
15 Mar 2023 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Proton

Semalam, jenama kereta kebangsaan iaitu Proton telah mengumumkan pengeluaran model SUV terbaru mereka yang dikenali sebagai X90. Wow, betul ke ni?

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar telah memberi ucapan pada majlis pelancaran di kilang pengeluaran model tersebut di Tanjung Malim, Perak.

Proton X90

image is not available

Menurut Paultan.org, model tersebut telah ditunjukkan pada majlis pelancaran namun tiada sebarang fotografi dibenarkan. Melalui tontonan dari jauh, X90 mempunyai reka bentuk lampu depan yang berbeza, dengan DRL berbentuk L ke atas, dan keliling lampu kabusnya disiapkan dalam warna hitam dan bukannya krom.

Menurut Syed Faisal, model terbaru ini datang dengan kuasa hibrid dan berkemungkinan akan menampilkan rangkaian kuasa hibrid ringan Okavango dan enjin petrol tiga silinder pengecas turbo 1.5 liter dengan sistem hibrid ringan 48 volt.

Dengar cerita Proton X90 ini datang dengan tujuh tempat duduk sekali, jadi jangan lupa menyimpan mana tahu dapat bawa balik kereta raya tahun depan!

Kredit: Paultan.org

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media