Lenovo Auto Twist AI PC Mempunyai Penutup Yang Dibuka dan Berpusing Sendiri

TechnologyDigital
6 Sep 2024 • 7:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IFA Berlin ialah tempat syarikat pengeluar menunjukkan produk-produk terbaru dan kadang kala juga untuk memperlihatkan peranti konsep. Lenovo menggunakan peluang ini untuk memperlihatkan komputer riba konsep Auto Twist AI PC yang mempunyai bahagian penutup bermotor yang boleh dibuka dan berputar dengan sendiri.

image is not available

Menurut Lenovo Auto Twist AI PC boleh mendengar kawalan suara untuk membuka penutup komputer riba. Selepas dibuka ia engsel pada penutup boleh mengikut pergerakan pengguna apabila melakukan sesi telesidang misalnya. Walaupun engsel bermotor digunakan, rekaan Auto Twist AI PC adalah sama sahaja dengan komputer riba Lenovo yang lain kerana tiada komponen tambahan membuatkan ia nampak lebih tebal.

image is not available

Kerana ia sekadar peranti konsep, tiada maklumat mengenai spesifikasi. Lenovo juga tidak mengatakan sama ada mereka merancang untuk menawarkan Auto Twist AI PC kepada umum dalam masa terdekat.