Lenovo Bakal Hadir Dengan Laptop Skrin Lutsinar

TechnologyDigital
9 Feb 2024 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi skrin lutsinar bukan sesuatu yang baharu. Banyak sahaja kedai sudah menggunakan panel kaca yang turut boleh memaparkan iklan. Tetapi teknologi skrin lutsinar dengan OLED agar ia boleh ditonton seperti televisyen, ia masih belum berleluasa. 4 tahun lepas Xiaomi hadir dengan sebuah televisyen, CES 2024 bulan lepas LG pula dan akan datang di MWC Barcelona 2024 – Lenovo dikatakan akan hadir dengan laptop skrin lutsinar.

image is not available

Tiada butiran mengenai spesifikasi laptop ini selain dikatakan ia akan menjalankan sistem operasi Windows 11. Skrin lutsinar yang digunakan dikatakan adalah berasaskan OLED, menggunakan rekaan nirbingkai penuh dengan bingkai kecil untuk estetik. Bahagian dagu agak lebar dan tebal untuk memuatkan komponen serta port sambungan.

image is not available

Laptop ini menggunakan rekaan Yoga yang sedia terkenal. Bahagian papan kekunci dilihat adalah skrin penuh, menggunakan kawalan sentuhan dan memuatkan semua komponen penting. Ini bermakna, laptop skrin lutsinar Lenovo ini boleh ditanggalkan dan menjadi tablet. Penggunaan dunia sebenar masih tidak jelas, ia mungkin untuk pekerja profesional yang terlibat dengan bidang rekaan serta grafik komputer. Sama-sama kita nantikan.