Lenovo Legion 9i Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM15,559.44

TechnologyDigital
9 Nov 2023 • 5:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara IFA 2023, Lenovo telah memperkenalkan komputer riba gaming terbaru dan paling berkuasa mereka, iaitu Lenovo Legion 9i yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel dan NVIDIA untuk komputer riba yang terhebat setakat ini, iaitu Intel Core i9-13980HX dan juga NVIDIA GeForce RTX 4080 dan GeForce RTX 4090.

image is not available

Dalam pada itu ia juga dilengkapi dengan pilihan memori LPDDR5X sehingga 64GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 2TB yang boleh dinaiktarafkan sekiranya anda memerlukan storan yang lebih besar.

Komputer riba ini juga hadir dengan paparan skrin MiniLED Lenovo PureSight dengan resolusi 3.2K dan kadar segar semula 165Hz. Ia juga mempunyai nisbah 16:10 yang lebih tinggi dan boleh memuatkan lebih banyak kandungan didalamnya.

image is not available

Dalam pada itu, keunikan komputer riba ini dapat dilihat dalam penggunaan sistem penyejukan Legion Coldfront yang tampil menggunakan teknologi penyejukan cecair terbina didalam komputer riba. Sistem penyejukan ini diaktifkan apabila komponen GPU mencapai suhu 84 darjah Celcius. Ia kemudiannya akan menyejukkan bahagian GPU dan juga VRAM untuk memastikan bahawa ia beroperasi pada tahap optimum.

image is not available

Lenovo Malaysia nampaknya telah menyenaraikan komputer riba Lenovo Legion 9i ini untuk pasaran tempatan, dan ia tampil dengan harga permulaan RM15,559.44 dengan spesifikasi berikut:

  • CPU: Intel Core i9-13980HX
  • Memori: 32GB (16×2) DDR5-5600MHz
  • Storan: 1TB M.2 2280 PCIe 4.0
  • Paparan: 16″ 3.2K (3200×2000) MiniLED, 1200 nit, 165Hz
  • Bekalan kuasa: 330W Pengecas GaN
  • Kad grafik: NVIDIA GeForce RTX 4080

image is not available

Apabila dilihat pada laman ubahsuai komponen, diantara spesifikasi yang boleh dinaiktaraf termasuklah storan SSD PCIe, dari 1TB ke 2TB (tambahan RM520) dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080 ke NVIDIA GeForce RTX 4090 (tambahan RM2200). Sayangnya, untuk pasaran Malaysia, pilihan memori 64GB DDR5 tidak ditawarkan, dan sekiranya anda mahukan memori tersebut, anda akan perlu menaiktarafkannya sendiri.

image is not available

Jika anda berminat untuk membeli komputer riba kelas bangsawan Lenovo Legion 9i ini, anda boleh ke laman sesawang Lenovo Malaysia untuk memilih konfigurasi yang diperlukan anda sekarang.