Lenovo Legion Go Akan Dilancarkan Pada 1 September

TechnologyGamingDigital
29 Aug 2023 • 7:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tanggal 1 September ini, Lenovo akan melancarkan konsol mudah alih mereka Legion Go ketika acara IFA Berlin menurut laporan Windows Report. Konsol yang telahpun tertiris sebelum ini adalah pesaing kepada ASUS ROG Ally dan Steam Deck yang kini mula mendapat perhatian peminat permainan PC tetapi ingin dimainkan di mana sahaja.

image is not available

Spesifikasi Legion Go ialah skrin 8.8″ QHD+ 144Hz dengan nisbah 16:10, dijana cip AMD Rzyen Z1 Extreme, memori 16GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 2242 dan bateri dua sel 49.2WHr pada tubuh dan 900 mAh pada alat kawalan yang boleh ditanggalkan.

image is not available

Pada dokumen promosi, peranti ini turut menggunakan Windows 11, sokongan WiFi 6E, mempunyai bicu audio 3.5mm, terdapat port USB-C, port DP 1.4 dan sepasang speaker 2W. Pemilik Legion Go boleh memadankan konsol ini dengan kaca mata Lenovo Legion Glasses yang memberikan pengalaman seperti menonton pada TV bersaiz besar.

Harga jualan Lenovo Legion Go bermula daripada $799 (~RM3718) sebuah bermula Oktober ini.