Lenovo Legion Pro 5i Dengan RTX 4070 Turut Dilancarkan – Harga bermula RM7299

TechnologyDigital
16 Jun 2023 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo Legion Pro 5i Gen 8 ialah sebuah lagi produk baharu yang diumumkan hari ini untuk pasaran Malaysia. Komputer gaming ini dilengkapi skrin 16-inci WQXGA (2560 x 1600) IPS 240Hz, dijana cip sehingga Intel Core i9-13900HX, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB, memori sehingga 32GB RAM dan storan mencapai 2TB PCIe SSD (Gen 4) secara terbina.

image is not available

Kapasiti bateri pula sebesar 80Whr dengan pengecasan berwayar 140W. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera web terbina 1080P/720P, dua pembesar suara terbina dan menjalankan Windows 11 Pro/Home.

image is not available

Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 x Type C (USB 3.2 Gen 2 + DisplayPort 1.4). 1 x Type A (USB 3.2 Gen 1), 1 x Type A (USB 3.2 Gen 1), 1 x E-Shutter Button, 1 x DC, 1 x Type C, 1 x Type A USB 3.2 Gen 1, 1 x Type A USB 3.2 Gen 1, 1 x HDMI 2.1, 1 x RJ45 dan bicu audio.

Di Malaysia komputer gaming premium Lenovo Legion Pro 5i ini dijual pada harga bermula RM7299 sebuah menerusi kedai rasmi atas talian Lenovo.

View Original Article