Lenovo Magic Bay Akan Menyokong Laptop ThinkBook Baru, Dilanjutkan Ke Pengeluar Aksesori

TechnologyDigital
22 Jan 2026 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi Lenovo Magic Bay merupakan teknologi “dermaga pintar” yang diperkenalkan kepada sejumlah siri komputer riba Lenovo ThinkBook yang mana ia boleh dipasangkan dengan aksesori-aksesori tambahan seperti kamera web, aksesori sokongan rangkaian LTE, lampu tambahan untuk kamera web sedia ada dan lain-lain.

image is not available

Terkini, melalui perkongsian di Weibo, seorang jurucakap Lenovo telah mengesahkan bahawa teknologi Magic Bay ini akan dilanjutkan kepada Lenovo ThinkBook 14+ dan ThinkBook 16+ yang dilancarkan pada tahun ini.

image is not available

Bukan itu sahaja, Lenovo turut mengesahkan bahawa kelak, pembuat-pembuat aksesori komputer pihak ketiga juga boleh membangunkan aksesori-aksesori Magic Bay mereka sendiri. Ini sedikit sebanyak akan membolehkan teknologi Magic Bay hadir dengan penambahan produktiviti baru yang mungkin belum difikirkan oleh Lenovo.