Lenovo ialah sebuah jenama komputer yang cukup terkenal untuk penawaran komputer desktop dan juga komputer riba mereka untuk tujuan produktiviti mahupun riadah. Terkini, mereka sedang mengadakan jualan Super Tech Deal sepanjang bulan Jun untuk dua model komputer riba popular mereka, termasuklah Lenovo Legion 5 dan Lenovo Ideapad Gaming 3.

Lenovo Malaysia memperlihatkan diskaun yang agak besar untuk komputer-komputer riba ini, misalnya sebuah Lenovo Legion 5 dengan spesifikasi AMD Ryzen 7 6800H dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dan pilihan memori dan storan 24GB dan 1TB SSD boleh didapati pada harga RM5960 berbanding dengan harga asal RM7569.

Dalam pada itu, jika anda memilih untuk membeli Lenovo Ideapad Gaming 3 yang dilengkapi dengan cip pemprosesan yang sama dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050, anda boleh memilih untuk menaiktarafkan pilihan memori dan storan ke 16GB dan storan 1TB pada harga RM4033 berbanding dengan harga asal RM5449.

Dalam pada itu, pembelian komputer-komputer riba ini sepanjang bulan Jun ini juga akan membolehkan anda untuk berpeluang memenangi kredit Touch’n’Go eWallet bernilai sehingga RM1500, selagi stok masih ada. Laman Lenovo Malaysia di Shopee dan Lazada juga mempunyai kupon tambahan yang boleh menurunkan lagi tanda harga komputer-komputer riba ini, menjadikannya lebih berbaloi.


![[VIDEO] Guna Evian, Peniaga Jual Air Balang "Kayangan"! Agak-Agak Berapalah Sebungkus Airnya Kan?](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)