Lenovo baru-baru ini telah memperkenalkan sistem penyimpanan data, penyelesaian virtualisasi dan perkhidmatan pengurusan data untuk membolehkan syarikat-syarikat untuk mengemaskini dan menaiktaraf infrastruktur rangkaian storan mereka, dan juga untuk membina pusat data AI mereka sendiri.

Untuk ini, Lenovo telah memperkenalkan sistem Lenovo ThinkSystem dan Lenovo ThinkAgile untuk penskalaan sistem storan bergantung kepada keperluan syarikat. Komponen-komponen ini termasuklah:
- Lenovo ThinkSystem DS Series Storage Arrays – Sistem storan rangkaian Storage Area Network yang terdiri daripada storan flash yang mudah untuk digunakan dan diuruskan untuk persekitaran maya, meningkatkan prestasi dan kecekapan pengurusan dan akses kepada data syarikat
- Lenovo ThinkAgile FX Series – Ia merupakan sistem Hyperconverged Infrastructure (HCI) yang menggabungkan kuasa perkomputeran, rangkaian, storan dan pengurusan data dan set arahan dalam satu komputer untuk memudahkan pihak IT syarikat untuk membina sebuah infrastruktur data menyeluruh dengan cepat dan mudah.
- Lenovo ThinkAgile MX Series for disaggregated storage for Microsoft Azure Local – Sebuah sistem HCI yang dibina khusus untuk syarikat-syarikat yang mahu membangunkan pusat data dalaman menggunakan platform perkomputeran awanan Microsoft Azure.
- Lenovo ThinkAgile MX Series with NVIDIA RTX Pro 6000 – Tambahan sokongan kad grafik NVIDIA RTX Pro 6000 yang menambahkan ciri inferens AI bersama-sama HCI Microsoft Azure Local
- Lenovo ThinkAgile HX Series for AI – Sistem HCI yang menambahkan sokongan tindanan perisian Nutanix Enterprise AI untuk syarikat-syarikat yang mahu membina infrastruktur AI dan menggerakkan model AI mereka sendiri dengan cepat dan mudah.
Lenovo turut menawarkan pelbagai infrastruktur dan perkhidmatan awanan terbuka dan juga tertutup untuk syarikat-syarikat yang mahu memodenkan infrastruktur IT dalaman dan luaran mereka melalui perkhidmatan awanan hibrid mereka sendiri.
Lenovo Hybrid Cloud Advisory Services juga bersedia untuk memberi syarikat-syarikat nasihat tentang apakah infrastruktur awanan dan AI yang sesuai untuk keperluan syarikat masing-masing, memastikan bahawa mereka bukan sahaja menggunakan perkakasan yang paling sesuai, tetapi juga memudahkan penskalaan di masa akan datang apabila diperlukan.



