Lenovo Memfailkan Saman Pelanggaran Hak Cipta Ke Atas ASUS

TechnologyDigital
23 Nov 2023 • 7:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo kini mengumumkan mereka telah memfailkan saman ke atas ASUS di Amerika Syarikat, pada 15 November 2023 lepas, disebabkan oleh pelanggaran hak cipta milik Lenovo oleh sejumlah produk Asus. Lenovo menyatakan pemfailan saman ini merupakan respons mereka terhadap pemfailan Asus atas teknologi selular – dimana Lenovo menawarkan penyelesaian dengan langkah perlesenan bersama.

Lenovo dilihat menyentuh sekitar empat paten milik mereka dibawah saman ke atas Asus ini. Paten ini termasuk rekaan engsel untuk peranti yang boleh berubah dari mod laptop kepada tablet, selain juga teknologi pengurusan tenaga apabila peranti diaktifkan, atau dinamakan “Wireless Wake-On-LAN Power Management”.

Langkah pemfailan saman ini dilihat langkah terakhir selepas gagal mencapai kata putus bersama Asus sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved