Lenovo Memperlihatkan Komputer Desktop Legion Baru Yang Menggunakan Pemproses Intel Mudah Alih

TechnologyDigital
9 May 2024 • 4:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasaran komputer di China kebelakangan ini dilihat sangat menarik sekali. Dimana secara tradisinya, komputer-komputer desktop akan menggunakan papan induk dan cip pemprosesan khusus, di negara tersebut kini hadir dengan papan induk kelas desktop yang menggunakan cip pemprosesan komputer riba yang dinamakan Mobile on Desktop (MoDT).

Terkini, ia dilaporkan bahawa Lenovo telah memperkenalkan sebuah model komputer desktop baru untuk pasaran China yang menggunakan komponen MoDT ini, iaitu Lenovo Legion 7000K PC yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core HX generasi ke-13 dan ke-14.

image is not available

Apa yang menarik mengenai komputer desktop ini dari segi luarannya ialah ia kelihatan sama sahaja seperti komputer kelas desktop, tetapi dari segi penaiktarafan komponen, pilihan pengguna nampaknya adalah agak terhad kerana cip pemprosesan adalah dipateri ke papan induk. Ia dijangka bahawa memori dan storan masih lagi boleh diperbaharui.

Dari segi sokongan kad grafik pula, dari grafik iklan yang diperlihatkan, komputer ini akan menggunakan kad grafik kelas desktop. Setakat ini, butiran mengenai jenis-jenis kad grafik yang akan ditawarkan pada komputer desktop ini tidak diketahui lagi.

image is not available

Dalam pada itu, ia juga telah disahkan buat masa ini, desktop Lenovo Legion 7000K ini hanya akan ditawarkan di pasaran China buat masa ini. Samada mereka akan menawarkannya ke negara-negara lain tidak diketahui lagi.