Lenovo Perlihatkan Konsep Komputer Riba 3D Yang Boleh Dikawal Melalui Penggunaan Cincin

TechnologyDigital
3 Mar 2025 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada acara MWC 2025, Lenovo kini memperlihatkan komputer riba konsep mereka yang dinamakan sebagai ThinkBook 3D Laptop Concept. Menariknya mengenai komputer riba ini adalah ia membolehkan pengguna menikmati paparan dalam bentuk tiga-dimensi melaluinya, dan pengguna boleh menggunakan Lenovo AI Ring dalam mengawal tanpa menyentuh skrin.

image is not available

Dengan penawaran ini, Lenovo dilihat lebih memfokuskan kepada jurutera, perekabentuk dan sebagainya dalam membangunkan projek visual dengan lebih baik menggunakan sokongan paparan berkenaan.

Cincin khusus juga membolehkan pengguna memanipulasi dan mengawal pelbagai rekaan dengan mudah, tanpa perlu menyentuh skrin dan menggunakan gestur sepenuhnya.

image is not available

Buat masa ini, spesifikasi penuh dan sebagainya masih tidak dikongsikan lagi. Namun, dengan pengenalan kaedah kawalan dengan penggunaan cincin pintar ini, ia sekaligus membuka kepada kaedah interaksi seumpama dalam filem “Minority Report”. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya untuk teknologi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved