Lenovo Sasar 80% Produk Mereka Boleh Dibaiki Sendiri Pemilik Menjelang 2025

TechnologyDigital
9 Oct 2023 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti yang dibeli secara lazimnya sukar untuk dibaiki sendiri oleh pemilik kerana pengeluar enggan memberikan komponen. Sudah menjadi kelaziman skru berkepala torx digunakan untuk menghalang pengguna membuka sendiri peranti bermasalah. Menurut laporan The Register, Lenovo ingin melakukan anjakan paradigma dengan sasaran membolehkan 80% produk keluaran mereka dibaiki sendiri oleh pemilik menjelang 2025.

image is not available

Luca Rossi, timbalan presiden kanan Lenovo mengatakan ini sasaran syarikat ketika acara Canalys EMEA Forum 2023. Ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2025. Menurut beliau lagi komponen seperti bateri, SSD dan banyak lagi akan dapat dibaiki sendiri oleh pemilik. Secara tidak langsung ini akan mengurangkan impak kepada alam sekitar kerana peranti tidak dapat dibaiki.

Antara amalan yang dilakukan oleh pengeluar ialah memateri memori dan storan terus ke papan induk. Pada produk seperti ThinkPad, SSD dan RAM boleh digantikan sendiri. Pemilik cuma tidak digalakkan daripada membaiki sendiri peranti dengan pelakat yang mengatakan waranti akan terbatal jika ianya koyak.