Di acara CES 2024, Lenovo turut memperlihatkan ThinkBook Plus Gen 5 Hybrid baharu mereka. Ia merupakan laptop dua-dalam-satu yang boleh berubah menjadi tablet Windows. Skrinnya boleh ditanggalkan daripada papan kekunci yang diberi nama sebagai Hybrid Stream. Apabila ditanggalkan, skrin menjadi tablet Android Hybrid Tab dan Hybrid Stream boleh disambungkan pada monitor menjadi PC.

ThinkBook Plus Gen 5 menggunakan skrin OLED bersaiz 14-inci beresolusi 2.8K. Lenovo Tab Pen Plus turut disediakan sebagai stilus untuk menulis atau melukis. Hybrid Stream dijana dengan cip Intel Core Ultra 7, sementara Hybrid Tab Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Sistem operasi adalah Windows 11 dan Android 13. Berikut adalah spesifikasi laptop dua-dalam-satu ini;
Hybrid Stream Hybrid Tab 32GB LPDDR5x 12GB LPDDR5x 1TB PCIe Gen 4 SSD 256GB UFS 3.1 Intel Arc GPU Adreno 730 2x 2W Harman/Kardon speakers 4x 1W Super-linear speakers Front: FHD+IRBack: 13MP + 5MP (MIPI) 75Whr; 100W power adapter 38Whr38Whr 2 x USB-C (Thunderbolt 4)
1 x Combo Audio Jack1 x USB-C (Thunderbolt 4) Wi-Fi 6E
Bluetooth 5.2Wi-Fi 6E
Bluetooth 5.3Harga bermula sekitar RM9000

Buat masa ini jualan hanya disahkan untuk pasaran Amerika Syarikat dan tidak pasti jika pasaran Malaysia turut akan menawarkan laptop ini. ThinkBook Plus Gen 5 Hybrid ini sesuai untuk mereka yang menggemari multi-tugasan serta memudahkan diri untuk membawa satu peranti sahaja di mana-mana.
