Lenovo Yoga Air Diperkenalkan – Power Bank Dengan Kapasiti Sehingga 5000mAH Dan Pengecasan Magnetik

TechnologyDigital
31 Dec 2024 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Lenovo akan memperlihatkan sejumlah produk-produk baru sewaktu acara CES 2025 yang akan berlangsung pada minggu hadapan, akan tetapi sebelum itu, mereka telah memperkenalkan satu produk baru yang tidak dijangka khusus untuk pasaran China, iaitu sebuah power bank.

image is not available

Dinamakan Lenovo Yoga Air, power bank ini hadir dengan rekaan nipis dan padat, dan tampil dengan pilihan kapasiti 3000mAH dan 5000mAH yang mana ia tampil dengan kebolehan untuk mengecas melalui palam USB Type-C dan juga secara magnetik dengan melekapkannya kepada peranti pintar anda.

image is not available

Untuk pengecasan USB Type-C, model Lenovo Yoga Air dengan kapasiti 3000mAH boleh mengecas peranti pada kadar 10W, manakala untuk model dengan kapasiti 5000mAH pula boleh mengecas peranti pada kadar 20W.

image is not available

Untuk pengecasan magnetik, ia boleh mengecas peranti pada kadar 7.5W dan menyokong teknologi pengecasan nirwayar Qi, menjadikannya sebuah power bank yang sangat padat dan cukup baik untuk mengecas peranti-peranti pintar anda, tidak kira secara berwayar ataupun nirwayar.

image is not available

Seperti yang dikatakan, Lenovo Yoga Air ini ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu buat masa ini. Ia ditawarkan pada harga CNY129 untuk model 3000mAH dan CNY159 untuk model 5000mAH. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi jika aksesori ini akan ditawarkan di pasaran-pasaran lain.