Lensa ZEISS & Aura Light Pada vivo V30 Pro –  Menjadikan Fotografi Potret Anda Lebih Pro

TechnologyDigital
27 Mar 2024 • 2:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dengan perkembangan teknologi yang terus berkembang, minat terhadap bidang karya digital khususnya dalam fotografi, semakin meningkat dalam kalangan ramai orang. Ada yang dijadikan sebagai hobi dan ada juga yang jadikannya sebagai kerjaya. Jadi, bagi menghasilkan karya-karya yang mempunyai aura tersendiri, tentulah anda memerlukan peranti yang sesuai untuk kandungan anda. Di sinilah telefon pintar dengan sistem kamera terkini dan canggih memainkan peranan penting.

image is not available

Oleh itu, vivo kali ini tidak melepaskan peluang untuk membawakan peranti terbarunya iaitu vivo V30 Pro. Penawaran ini dikatakan dapat memberikan pengalaman fotografi yang memuaskan, terutamanya saat mengambil gambar dalam persekitaran cahaya yang malap. Jadi, mari kita lihat bersama-sama bagaimana vivo V30 Pro mampu meningkatkan pengalaman fotografi anda.

Teknologi ZEISS Untuk Karya Fotografi Yang Lebih Menawan

Tentu anda tertanya-tanya, apa yang dikatakan dengan sistem kamera canggih pada vivo V30 Pro bukan? Sebenarnya, vivo V30 Pro kali ini dilengkapi dengan sistem tri-kamera utama ZEISS yang mana salah satunya terdiri daripada lensa 50MP Professional Portrait Camera. Untuk pengetahuan anda, ini adalah pertama kali vivo menyertakan ciri lensa ZEISS pada siri V mereka. Ini kerana sebelum ini ciri ini hanyalah tersedia untuk siri mercu mereka iaitu siri X sahaja. Jadi disini, kita sudah boleh jangka bagaimana prestasi kameranya untuk kali ini, bukan? 

Lensa ZEISS ini dilengkapi dengan 50mm Focal Length yang mampu memberikan kualiti gambar yang realistik dan artistik. Jadi, sesuailah untuk anda hasilkan gambar potret dari jarak jauh atau dekat tanpa perlu bimbang tentang kualiti gambar. Tak berhenti di situ saja, gambar potret yang dihasilkan akan tampak lebih cantik dengan penambahan efek bokeh bersama keupayaan 2x zum. Ini seterusnya dapat menghasilkan rakaman yang kelihatan semula jadi untuk memberikan kesan sinematik. 

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kadang kala apabila mengambil fotografi di persekitaran dengan cahaya malap, tentu anda pernah mengalami kesukaran untuk menghasilkan gambar yang jelas, bukan? Tetapi, dengan vivo V30 Pro ini, anda tidak perlu risau kerana ia mempunyai sokongan OIS dimana ia boleh menangkap lebih cahaya, seterusnya menjadikan gambar kelihatan lebih terperinci walaupun dirakam dalam pencahayaan yang malap dan rakaman juga lebih stabil walaupun dirakam dalam keadaan sedang bergerak. Dengan kata lainnya, merakam gambar dan video kini menjadi lebih mudah tanpa memerlukan bantuan tripod atau aksesori penstabilan tambahan. Bukan itu sahaja, ciri 50MP VCS True Color Main Camera yang ada pada vivo V30 Pro ini juga dibina dengan teknologi Camera-Bionic Spectrum, yang mana ia mampu untuk menghasilkan pewarnaan yang lebih tepat jika dibandingkan dengan vivo V29 sebelum ini. 

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Aura Light 3.0 Mampu Tingkatkan Lagi Kualiti Gambar

Apabila kita menyebut tentang siri vivo V, sering kali tidak akan terlepas untuk membicarakan tentang Aura Light. Bagi meningkatkan lagi pengalaman fotografi anda, vivo V30 Pro ini mempunyai sokongan Aura Light 3.0 pada belakang peranti dengan ciri Smart Colour Temperature Adjustment. Aura Light kali ini juga adalah 19 kali lebih besar berbanding modelnya yang sebelum ini dan dikuasakan dengan kecerdasan buatan. Melaluinya, ia akan mengenal pasti secara automatik bilakah masa yang sesuai untuk mengaktifkannya. Nak-nak pula, vivo V30 Pro ini menyokong Distance-Sensitive Lighting dimana ia akan melaraskan cahaya pada Aura Light mengikut jarak subjek dari kamera. Ini sekaligus dapat menghasilkan gambar yang lebih berkualiti sama ada subjek itu dekat dengan kamera ataupun jauh. 

image is not available

image is not available

Spesifikasi Yang Cukup Memuaskan Untuk Kegunaan Seharian

Dengan kehadiran vivo V30 Pro yang dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8200, ia dapat memastikan prestasi peranti anda lebih lancar, menjadikan setiap pengalaman fotografi anda lebih menyeronokkan. Malah, peranti ini juga dapat dipadankan dengan memori 12GB + 512GB, yang dapat diperluaskan lagi  sehingga 12GB. Melaluinya, anda boleh merakam dan menyimpan kandungan yang berdurasi panjang tanpa perlu risaukan tentang kekurangan ruang untuk menyimpannya.

Setelah seharian menggunakan peranti untuk merakam karya fotografi, anda semestinya perlu mengecas sebelum ke sesi fotografi yang seterusnya. Oleh itu, vivo V30 Pro ini dilengkapi dengan bateri 5000mAh, dimana ia menyokong pengecasan pantas 80W FlashCharge. Melaluinya, ia dapat mengecas peranti anda dari 0% kepada 100% dengan hanya mengambil masa sekitar 46 minit sahaja. Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang ketahanan bateri dan kelajuan pengecasan kerana ia mampu membuatkan anda menghela nafas lega terutamanya ketika memerlukan masa yang panjang untuk merakam karya fotografi.

Reka Bentuk Yang Elegan dan Ringan Untuk Dibawa Kemana-Mana

image is not available

Berbicara berkenaan rekaan pula, vivo V30 Pro bukan sahaja mempunyai sistem kamera yang canggih, malah mempunyai reka bentuk peranti yang minimalis. Dimana ia menawarkan warna Petal White, dan kerangka badan peranti pula dihiasi dengan corak yang seakan-akan bunga tiga dimensi untuk warna Bloom White. Padanan rekaan ini menjadikan vivo V30 Pro sesuai untuk anda yang minat dengan reka bentuk jenis estetik. Namun, sekiranya anda tidak berapa minat warna putih, anda boleh memilih warna yang lebih minimalis iaitu Noble Black

Bagi rekabentuk skrin pula, vivo V30 Pro ini menggunakan skrin melengkung 3D Cushioning Structure yang bersaiz 6.78 inci. Skrin ini juga merupakan skrin AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Melaluinya, ia dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lancar apabila menatal skrin ataupun membuka aplikasi secara serentak. Tambahan lagi, peranti ini hanya mempunyai berat sebanyak 185g sahaja. Jadi, dengan rekaan yang sebegini, lebih mudahlah untuk anda menyelit peranti ke dalam poket seluar, beg atau membawanya kemana-mana. 

Kesimpulan

image is not available

Secara kesimpulannya, jika anda mencari telefon pintar yang mampu memenuhi keperluan anda untuk mendapatkan gambar dan rakaman berkualiti tinggi, vivo V30 Pro adalah satu pilihan yang boleh anda dipertimbangkan. Dengan sistem tri-kamera lensa ZEISS 50MP yang mampu berikan kualiti gambar yang sesuai dengan cita rasa anda, malah efek bokeh yang menambahkan lagi kesan sinematik pada gambar. Ia pasti mampu menjadi satu nilai keistimewaan dalam menghasilkan karya fotografi anda. Ditambah lagi dengan Aura Light 3.0, yang mampu memberikan pencahayaan tambahan untuk menyerlahkan lagi kualiti gambar anda. 

Tambahan lagi, vivo V30 Pro ini juga mempunyai spesifikasi yang bagus untuk kegunaan harian serta turut mempunyai reka bentuk yang unik dan ringan untuk dibawa kemana-mana. Jadi, jika anda ingin dapatkan vivo V30 Pro ini, anda boleh membelinya pada harga RM2,599 untuk variasi storan 12GB + 512GB melalui laman web rasmi atau kedai e-dagang yang sah. Tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang dan rasai sendiri pengalaman fotografi dengan hasil yang cukup memuaskan dari vivo V30 Pro. 

Penafian : Advertorial dari vivo Malaysia