Leo & Reed, Antara Wira Tak Didendang Terlibat Operasi SAR Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

20 Dec 2022 • 2:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Leo & Reed, Antara Wira Tak Didendang Terlibat Operasi SAR Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Selangor sudah memasuki hari yang ke lima pada hari ini.

Operasi SAR yang dijalankan itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan yang terdiri daripada keselamatan, kebajikan dan sebagainya. Namun begitu selain agensi keselamatan yang bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus, terdapat juga makhluk lain yang turut serta dalam membantu operasi tersebut.

Sejak hari pertama kejadian itu berlaku, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan aset mereka iaitu unit K9 Anjing Pengesan dari Jabatan Siasatan Jenayah sebanyak enam ekor. Dua daripada anjing tersebut ialah Leo (warna hitam) dan Reed (warna coklat).

Menerusi perkongsian muat naik yang dibuat oleh akaun rasmi Polis Diraja Malaysia, mereka telah menyatakan bahawa terdapat dua ekor anjing dari unit K9 iaitu Leo dan Reed antara wira yang tidak didendang.

image is not available
Kredit PDRM

image is not available
Kredit PDRM

“Dari ‘raut wajah’ Leo dan Reed, dapat dilihat kesungguhan dan keletihan yang dialami oleh kedua-dua ekor wira tidak didendang ini, demi memastikan baki sembilan lagi mangsa yang hilang berjaya ditemui semula,” tulis muat naik tersebut.

“Tabik hormat buat Leo dan Reed! Terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara,” tulis muat naik itu sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dua anjing tersebut.

Sebelum ini, anjing bernama Blake yang turut sama dalam operasi SAR tersebut telah direhatkan kerana kepenatan setelah 2 hari terlibat dalam operasi mencari mangsa yang tertimbus di Batang Kali pada awal pagi Jumaat yang lalu.