Leona akui tunjuk muka baru bangun tidur- “Ingatkan audio podcast…”

Entertainment
20 Jun 2024 • 9:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona akui tunjuk muka baru bangun tidur selepas tular video podcast bersama MyAudioPlus, baru-baru ini.

Pengakuan itu dibuat oleh Leona yang merupakan anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman menerusi sebuah video di platform TikTok miliknya, semalam.

image is not available

Leona akui tunjuk muka baru bangun tidur

Sedar penampilan dirinya dalam video podcast menjadi bualan, Leona mengakui ia wajah baru bangun tidur.

“Kamu tahu dalam satu interview, saya tak mekap dan nampak seperti busuk.
“Ia sebenarnya saya baru sahaja baru bangun dari tidur,”jelasnya.

image is not available

Ingatkan audio podcast..

Tambah Leona, dia yakin untuk datang ke sesi podcast tersebut dengan muka sebegitu kerana menyangka ia hanyalah rakaman audio sahaja.

Ternyata, ia adalah sesi podcast yang menampilkan dirinya di hadapan kamera bersama abang kembarnya iaitu Andika Rees.

“Saya ingatkan ia adalah audio podcast. Sebab itu saya datang dengan muka paling ‘busuk’ ,”katanya.

Leona berkata, dia bukanlah berasa malu kerana wajahnya tidak mempunyai sebarang calitan solekan, tetapi ia melibatkan penjagaan rapi seseorang di khayalak ramai.

Sumber: TikTok @leonathe2nd

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved